Sejarah SMK Taman Kosas
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas ditubuhkan pada 2 Januari 1989 dengan menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang. Jumlah pelajar pada ketika itu adalah seramai 280 orang pelajar sahaja. Pada tahun 1991, ia bertambah kepada seramai 500 orang pelajar. Kelas-kelas yang ada pada ketika itu ialah 4 kelas peralihan dan 3 kelas tingkatan 1. Tenaga pengajarnya pula adalah seramai 10 orang bawah pentadbiran pengetua pertama iaitu Encik Abdul Talib bin Ismail.
Beliau telah menjalankan tugas sebagai Pengetua SMKTK pada awal semester kedua 1991 dan kemudian beliau berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang. Pada minggu kedua persekolahan semester 1 sesi 1990/1991, SMKTK berpindah ke bangunan baru yang siap dibina di Taman Kosas, Ampang. Rata-rata pelajar adalah dari Taman kosas, Taman Ampang Indah, Kampung Melayu, Taman Sri Watan, Taman Sri Ampang, Kampung Lembah Jaya, Taman Bukit Indah, Taman Dagang dan Taman Halaman. Bilangan pelajar pada ketika itu sudah mencecah angka 1000 orang.
Bilangan kelas pula bertambah menjadi 27 kelas kesemuanya manakala bilangan warga pendidik pula seramai 47 orang. Pada Jun 1991, Tuan Haji Hashim bin Chik mengambil alih tugas sebagai pengetua sehingga beliau bersara pada 30 November 1993. SMKTK seterusnya dipelopori oleh Tuan Haji Abdul Karim Mohamad sehingga 30 November 1995. Pengetua keempat menggantikan Tuan Haji Abdul Karim Mohamad ialah Puan Khu Khiok Boon pada 1 Disember 1996 sehingga beliau pencen pada Julai 1996.
Puan Siti Nor binti Mohamed menjawat jawatan Pengetua SMKTK sehingga beliau bersara pada 7 Mei 1999. Pentadbiran SMKTK diteruskan oleh Encik Gurdev Singh a/l Gurnam Singh PJK. Beliau menerajui tampuk kepimpinan SMKTK sehingga beliau bersara. Pengurusan SMKTK disambung oleh Tuan Haji Abdul Razak bin Ibrahim bermula pada tahun 2006 sehingga 2011 sebelum diserahkan kepada Puan Jahani Bt. Kafi. Puan Maziah binti Yusof menyambung deligasi pengetua sebelum ini sehingga tahun 2016. Kini SMK Taman Kosas diterajui oleh Puan Zainap Bt. Sidek dengan matlamat pencapaian KPI yang telah ditetapkan sebagai penandaaras terbaru.